Matlamat Korporat Organisasi

Bahawasanya, memahami dan menghayati objektif KOPERASI serta falsafah pengurusan KOPERASI ini maka, matlamat ditinta untuk dipenuhi melalui KOPERASI iaitu Cekap, Berkualiti dan Menguntungkan:-

 

1.    Untuk memainkan peranan yang positif dalam memajukan ekonomi anggota khasnya dan ekonomi masyarakat FELCRA Seberang Perak amnya.

2.    Menjadikan gerakan KOPERASI sebagai sektor ekonomi yang terpenting kepada masyarakat FELCRA Seberang Perak khasnya dan negara amnya.

3.    Mempastikan KOPERASI diuruskan dengan pengurusan yang berkualiti dan berteknologi serta kakitangan yang mahir, bermotivasi dan cekap.

4.    Untuk menggiat dan menggalakkan penabungan wang anggota dan mengoptimumkan pulangan pelaburan anggota dan meningkatkan nilai pelaburan mereka dalam operasi perniagaan KOPERASI.

5.    Untuk berusaha menjadi sebuah KOPERASI yang bertanggungjawab, berprihatin dan menyadiakan perkhidmatan sosio ekonomi kepada anggota serta merealisasikan objektif penubuhannya.

6.    Untuk menggiat dan menggalakkan pelaburan dan penyimpanan wang serta menyertai bidang keusahawanan oleh anggota-anggota KOPERASI melalui motivasi, pendidikan dan penyediaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan.

7.    Mewujudkan sebuah KOPERASI yang menjadi “vehicle” anggota sebagai institusi yang menjayakan perkongsian bijak (smart partnership) dengan FELCRA Berhad serta subsidiarinya dan institusi Korporat yang berjaya.

8.    Dan memastikan KOPERASI mematuhi dan memenuhi kehendak Akta KOPERASI, Peraturan-Peraturan Koperasi serta Undang-Undang Kecilnya.