Borang Pinjaman Anggota
SKIM PINJAMAN
Skim pinjaman yang terlibat kepada anggota-anggota koperasi ialah :
- Pinjaman Pelajaran
- Pinjaman Alatani
- Pinjaman Rawatan Kecemasan & Kesihatan
- Pinjaman Am
SYARAT-SYARAT AM PINJAMAN
- Telah diterima dan disahkan sebagai anggota koperasi.
- Aggregate semua kategori pinjaman adalah tidak melebihi had nilai skim pinjaman sebanyak RM2,500.00.
- Syarat kelayakan adalah 90% daripada saham anggota setelah ditolak dengan RM300.00 (had minimum kelayakan menjadi anggota). Contoh : Peminjam A memohon Pinjaman Pelajaran bagi program Ijazah dan mempunyai saham sebanyak RM2,000.00.
- Pengiraan adalah seperti berikut : RM2,000.00 – RM300.00 = RM1,700.00 x 90% =1,530.00
- Pinjaman pertama adalah RM 1,000.00
- Pinjaman kedua adalah RM530.00
- Nilai pinjaman tidak berasaskan baki terkumpul belum dibayar.
- Tidak mempunyai tanggungan hutang dalam skim pinjaman yang sama.
- Bersetuju menandatangani dokumen perjanjian, akuijanji dan surat ikatan serahan hak yang disediakan oleh pihak peguam. Bayaran balik adalah daripada elaun sara hidup atau dividen yang dikeluarkan oleh Felcra Bhd Seb. Perak, gaji atau mana-mana pendapatan. Potongan akan dibuat melalui akaun Agro Bank Bhd Cawangan Seberang Perak.
- Bersetuju bayaran pinjaman melalui potongan akaun semasa Agro Bank Bhd.
- Jumlah potongan semasa tidak melebihi RM200.00/bulan.
- Mempunyai pendapatan tetap dan bulanan di Agro Bank Bhd.
- Permohonan peminjam dijamin oleh 01 orang anggota koperasi yang sah.
- Bersetuju membayar wang perkhidmatan yang ditetapkan.
- Bersetuju mematuhi syarat-syarat yang sedia ada dan yang akan dipinda dari semasa ke semasa.
- Koperasi berhak menolak, menangguh atau tidak menyokong permohonan jika didapati pemohon mempunyai banyak hutang dengan lain-lain agensi dan kurang berkemampuan untuk membayar balik.
- Baki bayaran pinjaman selepas habis tempoh bayaran balik pinjaman akan dikenakan tambahan margin keuntungan koperasi sebanyak 12% setahun.
SYARAT-SYARAT PERJANJIAN PINJAMAN
- Perjanjian pinjaman hendaklah ditandatangani oleh peminjam/anggota yang terlibat.
- Melengkapkan maklumat penjamin.
- Melengkapkan dokumen pengesahan daripada Felcra Bhd.
- Melengkapkan dokumen pengesahan daripada Ketua Peserta atau Ketua Fasa.
- Melengkapkan dokumen surat ikatan serahan hak Felcra Bhd dan AJKKP yang disediakan oleh pihak peguam.
- Melengkapkan dokumen akuijanji peminjam dan penjamin.
- Menandatangani dokumen potongan arahan tetap (SI) melalui akaun Agro Bank Bhd, Cawangan Seberang Perak
- Mematuhi ikatan pewaris iaitu perjanjian pinjaman adalah mengikat semua waris, wasi, wakil atau penerima hak jika peminjam engkar menjelaskan bayaran pinjaman kepada koperasi.
KADAR PINJAMAN
Skim Pinjaman Pelajaran Anak Anggota.
1. Memasuki tingkatan 1 dan 4 Sekolah Berasrama Penuh / Teknik / MRSM.
- Kadar : RM 300.00
- Wang perkhidmatan : RM 25.00
- Tempoh bayaran balik : 18 bulan.
2. Institusi Pengajian Tinggi anjuran Kerajaan dan agensi.
a) Program Matrikulasi / Sijil / Kursus / Pra Diploma
- Kadar : RM 500.00
- Wang perkhidmatan : RM 40.00
- Tempoh bayaran balik : 18 bulan
b) Program Diploma dan setaraf dengannya.
- Kadar : RM 700.00
- Wang perkhidmatan : RM 60.00
- Tempoh bayaran balik : 24 bulan.
c) Program Ijazah Pertama dan setaraf dengannya.
- Kadar : RM 1,000.00
- Wang perkhidmatan : RM 90.00
- Tempoh bayaran balik : 24 bulan.
Skim Pinjaman Alatani.
- Kadar : RM 1,000.00
- Wang perkhidmatan : RM 90.00
- Tempoh bayaran balik : 24 bulan.
*Pembelian alatani diuruskan oleh koperasi. Harga alatani yang melebihi kadar pinjaman akan ditanggung oleh anggota sendiri.
Skim Pinjaman Rawatan Kecemasan dan Kesihatan
- Kadar : RM 1,000.00
- Wang perkhidmatan : RM 90.00
- Tempoh bayaran balik : 24 bulan.
Skim Pinjaman Am
- Kadar : RM 1,000.00
- Wang perkhidmatan : RM 90.00
- Tempoh bayaran balik : 24 bulan.