Borang Keanggotaan KOPERASI
1. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada :-
- Peserta-peserta Rancangan FELCRA Berhad Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan yang mana mereka didaftarkan dalam daftar pegangan tanah atau rancangan; dan
- Anak kepada anggota Koperasi yang menjadi Peserta – peserta Rancangan FELCRA Berhad Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. Taraf keanggotaan kategori anak anggota tidak boleh diwarisi isteri dan anak-anak.
2. Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :-
- warganegara Malaysia;
- telah mencapai umur lapan belas tahun;
- bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini;dan
- bukan seorang yang bangkrap (muflis).
- Membuat permohonan dengan borang yang disediakan oleh Koperasi beserta denga bayaran Fee pendaftaran sebanyak RM10.00 ( RM : Sepuluh Ringgit Sahaja ). Bayaran fee ini hanya dikenakan sekali sahaja dan menjadi hak milik Koperasi sekiranya permohonan diluluskan oleh Anggota Lembaga Koperasi.
- Untuk melayakkan mendapat kemudahan yang disediakan oleh Koperasi (termasuk dividen Koperasi), anggota hendaklah melanggan saham pada kadar minima sebanyak RM 300.00 / orang ( RM : Tiga Ratus Sahaja ). Bayaran langganan ini boleh dibuat secara ansuran pertama pada kadar minima sebanyak RM 100.00 ( Ringgit Malaysia : Satu Ratus sahaja ).
- Semua pemohonan tertakluk kepada peruntukan Undang-Undang Kecil Koperasi ini. Peraturan-peraturan dan Akta Koperasi Malaysia 1993.